Sistem Pintar Membaca™ dicipta sebagai alat pembelajaran membaca bahasa Melayu yang bertahap, lengkap dan efektif. Dilengkapi dengan siri lapan buah buku berserta bahan-bahan pembelajaran tambahan, pasti kanak-kanak mampu membaca bahasa Melayu dengan lancar sejak peringkat awal lagi. Sistem Pintar Membaca™ ini menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan minda. Kaedah yang direka ini adalah kaedah berdasarkan penyelidikan.
Kanak-kanak akan diajar secara bertahap daripada Buku 1 Vokal & Konsonan hingga Buku 8 Membaca Ayat (Lanjutan), iaitu dimulai daripada pembelajaran bunyi-bunyi vokal dan konsonan diikuti dengan suku kata tiga dan empat huruf. Kemudian, kanak-kanak akan belajar kosa kata bergambar agar mereka mengetahui nama-nama benda di sekeliling mereka, dan turut dilengkapi dengan bahan bacaan ayat asas dan lanjutan.
Bukan itu sahaja, siri buku ini turut dilengkapi dengan sistem yang dibangunkan khas agar kanak-kanak dapat belajar berterusan sama ada secara atas talian mahupun daripada bahan-bahan pembelajaran tambahan yang dibekalkan. Sertai Rakan Pintar Membaca™ dan muat turun bahan-bahan pembelajaran tambahan secara percuma seperti audio dan video, kertas latihan, e-buku, buku audio dan banyak lagi!