fbpx

Panduan Bijak Lisan (PSLE)

.

.

.

PERINGKAT SEBELUM
• Sebelum masuk ke bilik peperiksaan:
Setiap murid akan diberikan masa selama 10 minit untuk membuat persiapan sebelum diuji guru pemeriksa di bilik peperiksaan.



PERINGKAT PERSIAPAN

10 minit ini akan digunakan untuk:
membaca teks serta;
menonton video berulang kali agar lebih bersedia.

Gunakan masa 5 minit untuk membaca teks beberapa kali, sebaik-baiknya 2 hingga 3 kali. Masa yang selebihnya (3 minit) diketepikan untuk menonton video.

Murid dikehendaki menonton sebuah klip video pendek yang panjangnya berukuran 55- 60 saat.

Setelah itu, gunakan masa yang selebihnya (2 minit) untuk membuat persiapan bagi menjawab soalan-soalan yang bakal ditanya berdasarkan video.



ADAB SEMASA SESI LISAN
Ø Sentiasa tenang dan berketerampilan yakin.
Ø Pastikan kamu kelihatan kemas pada hari peperiksaan.
Ø Beri hormat kepada guru-guru pemeriksa dengan ucapan “Salam sejahtera” atau “Selamat pagi”(sekiranya sesi peperiksaan lisan kamu dijadualkan pada waktu pagi).
Ø Perkenalkan diri dengan menyatakan nombor indek PSLE kamu
supaya guru-guru pemeriksa dapat memastikan identiti kamu.
Ø Minta izin untuk duduk dan balas dengan ucapan “Terima kasih”.
Ø Sentiasa pandang guru-guru pemeriksa sepanjang sesi lisan itu.
Ø Beri ruang untuk mendengar respon guru.
Ø Sekiranya murid tidak dapat mendengar respon, arahan atau soalan guru dengan jelas, minta guru itu mengulang sekali lagi.
Ø Elakkan daripada berdiam diri tanpa sebarang respon.
Ø Guna bahasa baku.
Ø Beri respon dengan nada yang tenang serta konfiden.
Ø Ucapkan terima kasih sekiranya kamu sudah selesai.

error: Content Protected! Copyright Akar Education