fbpx

Panduan Perbualan Berdasarkan Video (PSLE)

Panduan Perbualan Berdasarkan Video

Bahasa Melayu standard berserta sebutan baku. Ini bermakna bahasa formal dan bahasa tulisan. Guna juga sebutan baku, tetapi jika disebabkan ingin menggunakan sebutan baku membuat murid menghadapi kesukaran untuk menjawab,
fokus kepada penggunaan bahasa yang betul iaitu bahasa baku. Pemeriksa juga akan menilai murid daripada segi kelancaran dan isi. Harus berhati-hati.


Penggunaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu pasar tidak dibenarkan. Sekiranya terdapat beberapa patah perkataan Bahasa Melayu yang murid tidak pasti atau terlupa, cuba jelaskan dengan menggunakan kosa kata yang lebih mudah untuk mengelakkan penggunaan perkataan Inggeris.

Pastikan kamu tidak membuat guru pemeriksa lisan menunggu lama untuk memikirkan apa
yang harus dikatakan. Jangan meminta guru pemeriksa sedikit masa untuk kamu berfikir.
Namun, murid boleh memberitahu guru pemeriksa untuk mengulangi soalannya kerana
kurang dengar.
.
Jenis-Jenis Soalan Perbualan Berdasarkan Video

Dalam bahagian ini, guru pemeriksa lisan akan memberi kamu tiga soalan rangsangan yang wajib.

Pelajar akan berbual dengan guru pemeriksa berdasarkan topik yang berkaitan dengan tema klip video yang telah ditonton.

Tiga soalan rangsangan akan diajukan kepada para murid.

  1. Soalan mengenai perkara-perkara yang telah ditonton dalam klip video.
  2. Soalan berkaitan dengan pengalaman peribadi murid yang berkaitan dengan aktiviti/tema dalam klip video tersebut.
  3. Soalan membincangkan tema video dari sudut masyarakat/negara/global.

Panduan Untuk Memberi Isi-Isi Padat

• Sebelum murid terus menjawab soalan yang diajukan oleh pemeriksa, pastikan kamu mulakan dengan permulaan yang ringkas. Seperti dalam sebuah penulisan karangan, murid harus mempunyai perenggan pengenalan. Namun, tidak perlu terlalu panjang, setakat menyentuh tema dan berikan pengenalan ringkas sudah mencukupi.

• Apabila murid menjawab soalan pemeriksa, pastikan murid memberi penjelasan yang cukup dengan mengembangkan isi serta memberikan contoh-contoh yang relevan. Berikan sekurang-kurangnya dua atau tiga isi yang relevan. Setelah itu, kembangkan setiap isi dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.

• Jika ada perkataan yang disebut oleh pemeriksa yang pelajar tidak pasti akan maknanya, tanya pemeriksa. Jangan sesekali terus cuba menjawab pertanyaan pemeriksa sebelum kamu benar-benar faham apa yang dikehendaki oleh soalan.

• Jika tidak dengar apa yang diucapkan oleh pemeriksa, murid harus meminta guru pemeriksa mengulangi soalan itu dengan sopan.

error: Content Protected! Copyright Akar Education