fbpx

Nota Ringkas Perbualan Berdasarkan Video (PSLE)

Sebagai permulaan, murid perlu mengenal pasti apakah tema yang
terdapat dalam setiap video yang telah mereka saksikan. Fikirkan tematema yang sesuai dengan menggunakan empat jenis skop;

  1. Skop Diri
  2. Skop Keluarga
  3. Skop Masyarakat
  4. Skop Negara

Penting untuk murid mengecam tema dalam setiap video kerana mengenal pasti tema akan membantu kita bergerak ke langkah-langkah seterusnya.

Kompilasi Beberapa Tema-Tema Video

Fikirkan beberapa perkara penting sebagai persediaan sebelum memasuki bilik peperiksaan.

Fikirkan perkara-perkara positif dan negatif yang telah kamu saksikan dalam klip video tersebut.
Fikirkan juga pengalaman-pengalaman kamu yang berkaitan dengan tema video tersebut.
Fikirkan saranan-saranan yang boleh diberikan berdasarkan tema video itu.

Guru pemeriksa lisan akan mengarahkan murid supaya menonton video sekali lagi selepas pelajar menyelesaikan bahagian pertama. Inilah peluang pelajar untuk menonton video tersebut sekali lagi dan perhatikan perkara-perkara penting dalam video tersebut.

Guru pemeriksa melihat beberapa faktor utama untuk menilai setiap pelajar.

Respons Peribadi dan Pengembangan Idea (15 markah)
Memerlukan bantuan yang sedikit
Boleh memberikan respons yang terperinci serta pengembangan yang lengkap
Melibatkan diri dalam perbualan dan bertukar-tukar idea secara konsisten

Penggunaan Bahasa dan Kelancaran (15 markah)
Menggunakan pelbagai kosa kata yang sesuai
Mampu bertutur dengan lancar serta jelas

Rubrik Pemarkahan Untuk Bahagian Perbualan Berdasarkan Gambar

error: Content Protected! Copyright Akar Education